Watie terharu, anak gadis Shuib cuma mahu luang waktu berdua ketika ‘birthday’

Family & Parenting
17 May 2024 • 11:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Watie Hanifiah terharu apabila anak gadis Shuib, Dzahira Talita Zahra, 11 cuma mahu meluangkan masa berdua ketika hari lahir walaupun dia bukanlah ibu kandung kanak-kanak tersebut.

Menerusi hantaran yang dibuat Watie, dia telah memuat naik momen ketika memberi kejutan kepada Talita dengan menghadiahkan Ipad kepadanya sempena ulang tahun kelahiran.

Talita cuma nak ‘dating’ dengan mummy je

Ujarnya, walaupun Talita tidak mahukan apa-apa dan hanya ingin mereka ‘dating’ berdua sahaja, Watie agak sukar merealisasikan permintaan mudah tersebut kerana suami dan seorang lagi anaknya, Ariq Matin pasti mahu mengikut mereka.

“Dari sebulan yg lepas tiap2 hari dia kira & akan remind Mummy brapa hari lagi nk sampai ke birthday dia..

“Bila Mummy tanya nak hadiah apa…dia akan cakap nk spend time dating berdua dgn Mummy. Tapi Mummy mane boleh tinggal Daddy & Matin kan,” tulisnya.

Anak gadis Shuib terharu mummy belikan Ipad

Jadi, dia telah membuat permainan dengan memberi pilihan kepada Talita hadiah yang akan diberi kepada kanak-kanak berkenaan.

Jelas terlihat anak kedua Shuib dan allahyarham Siti Sarah Raissuddin begitu terharu dengan pemberian ibu tirinya itu sehingga menitiskan air mata.

image is not available

Watie sambut hari lahir anak gadis Shuib tiap tahun sejak 2022

Watie turut berkongsi rangkuman video sewaktu menyambut hari lahir Talita pada 2022 dan 2023 dimana dia belum lagi bergelar isteri kepada Shuib.

image is not available

Selamat hari jadi Dekta!

Perkongsian yang dibuat Watie pastinya menyentuh hati ramai apabila melihat keakraban dan caranya melayan anak-anak Shuib yang begitu ikhlas.

Mereka juga mengucapkan selamat hari lahir buat Talita serta memuji kanak-kanak tersebut yang sangat rendah hati serta mendoakan agar dia mendapat kebahagian di dunia dan juga di akhirat.

image is not available

Dapat rasa ikhlasnya Watie kepada anak2 Shuib

image is not available

Kita pula sebak tengok video ni

image is not available

 

Sumber: Instagram iamwatie