Geng Old Money ‘Show Off’ Baju ‘Simple Crinckle Shirt’, Netizen Luah Rasa Terhibur – “Macam Orang Gomen Pencen”

LocalEntertainment
9 Jan 2025 • 11:14 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, personaliti media sosial, Andika Putera telah menarik perhatian ramai selepas dia menubuhkan satu kelab yang dipanggil sebagi ‘Old Money Club’.

Biarpun sebelum ini teruk dikecam kerana memuat naik video memaparkan diri bersama beberapa individu lelaki jalan di kawasan Dataran Merdeka sambil memakai baju yang kononnya ‘Old Money’, tetapi Andika kelihatan tidak menghiraukan kecaman itu.

Ahli Old Money Club kembali dengan baju baru

Kali ini, dia memuat naik video di Instagram memaparkan dirinya dan beberapa ahli Old Money Club tidak memakai blazer tetapi memakai pula baju ‘Simple Crinkle Shirt’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @oldmoneyclub.my

Hal yang menjadi perhatian apabila salah seorang ahli Old Money Club yang dikenali ramai iaitu Akmal diberi peluang oleh Andika untuk jalan di hadapan.

‘Macam atuk aku pergi ambil duit pencen’

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur melihat gelagat kesemua individu di dalam video itu yang berjalan di kawasan Bukit Bintang yang sewaktu itu dipenuhi orang ramai.

image is not available

Malah, ada yang berseloroh baju yang dipakai oleh mereka seolah-olah cara pemakaian warga emas yang sudah pencen.

image is not available 2 months ago

Dapat Baju Yang Tiada Dalam Malaysia, Andika Putera Kenakan Yuran Seumur Hidup RM249 Buat 'Geng' Old Money