“Geng secondhand ke?” – Puteri Sarah Cari Lelaki Yang Tinggalkan Komen Jijik Di IG

Entertainment
15 Apr 2024 • 1:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Di era media sosial ini, sesiapa sahaja boleh mengeluarkan pendapat dan muat naik di mana-mana platform, namun perkara itu dilihat seakan lebih banyak buruk dari baiknya.

Ramai yang menggunakan media sosial untuk memberikan kecaman terhadap orang lain yang berkemungkinan menjurus kepada pembulian siber.

Seperti yang terjadi kepada pelakon ternama tempatan baru-baru ini iaitu Puteri Sarah Liyana apabila ada seorang individu bertindak meninggalkan komen jijik pada videonya dengan Bella Astillah di Instagram.

Tidak berdiam diri, Puteri Sarah kemudiannya membalas komen individu tersebut sebelum dia memadamkan komennya itu, namun pelakon drama Andai Itu Takdirnya itu sempat screenshot komen tersebut lalu memuat naiknya di platform X.

image is not available

Dalam ciapan itu, Puteri Sarah menyifatkan individu tersbeut sebagai pengecut kerana telah menyekat (block) akaun X serta Instagram pelakon tersebut.

“Kemain kau komen hina aku dengan Bella Astillah. Kat sini pengecut pulak. Actually banyak je jantan sakit mental penuh kat komen IG tu. tapi yang ni do not know how to stop. *** kenapa block aku?” tulisnya.

Ciapannya itu mendapat perhatian netizen, ada yang menyarankan agar Puteri Sarah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta ada juga yang expose wajah individu berkenaan.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.