Geng Suami Pening Kepala Layan Isteri Memasing ‘Banyak Akal’

EntertainmentLifestyle
31 Dec 2025 • 8:55 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Geng Suami Pening Kepala Layan Isteri Memasing ‘Banyak Akal’

Cakap bab hiburan di media sosial, rakyat Malaysia memang tak pernah ‘kering idea’. Ada saja kreativiti luar biasa yang mampu buat ramai terhibur, walaupun benda yang dikongsikan itu sebenarnya sangat spontan dan kadang, tak masuk akal.

Kalau sebelum ini pernah tular kisah karipap “first timer” dan roti jala buatan tangan kaum hawa yang mencuri perhatian, kali ini lain pula kesnya.

“Bosan ya today, kita prank suami la…”

Baru-baru ini, tular beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp yang menunjukkan “prank” para isteri kepada suami mereka.

Masing-masing menghantar gambar sebuah baby walker yang kelihatan… ‘luar biasa’. Tapi, bukan luar biasa comel, sebaliknya luar biasa seram.

Rupanya seolah-olah terbakar, lusuh, menakutkan dan memang tak masuk akal langsung untuk digunakan oleh bayi. Sekali tengok, boleh rasa macam props filem seram.

image is not available

Banyak akal, para isteri tak melepaskan peluang untuk menggunakan gambar tersebut sebagai bahan “prank” suami masing-masing.

Lucunya, para isteri siap mereka cerita kononnya baby walker itu diberikan secara percuma oleh orang tak dikenali, cuma perlu datang ambil sendiri.

Biasalah, benda percuma memang jarang orang tolak. Tapi bila tengok rupa barang free itu, ramai suami mungkin ‘tepuk dahi’.

Berikut adalah tangkap layar respon mangsa prank yang dikongsi semula oleh para isteri menerusi Threads @helokekwa.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan gelagat para isteri yang begitu kreatif mencari hiburan.

The comments keep getting funnier. Penat gelak…”

“Weh! Terkejut aku tengok noti. Dekah aku baca komen. Tingtong husband memasing eh…”

“Aku baca komen saja duk gelak tak habis. Ni kalau prank laki aku mau dia sumpah aku jadi monyet…”

“Dekahlah baca komen. Makin scroll, makin parah kelakarnya…”

“Dah try. Sekali jenguk (suami) dalam bilik, rupanya terus scroll shopee ye nak checkout baru.”

Tapi, yang paling “legend” tentunya para suami. Walaupun terkejut dan risau, majoriti tetap sabar melayan gelagat isteri masing-masing. Sweet pun ada sebenarnya.

BACA: Bila “First Timer” Buat Karipap Terus Nak Open Order, Terhibur Baca Komen Netizen

BACA: Tak Habis Lagi Cerita Karipap “First Timer”, Roti Jala Pula Viral

Sumber: Threads @helokekwa

The post Geng Suami Pening Kepala Layan Isteri Memasing ‘Banyak Akal’ appeared first on Siakap Keli.