“Genius sejak kecil” – SpaceX Lantik Jurutera Perisian Berusia 14 Tahun

14 Jun 2023 • 4:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Elon Musk, personaliti yang mengasaskan SpaceX dan Tesla merupakan nama yang tidak asing lagi. Hartawan yang dilabel sebagai genius dengan visi dan misi yang lain daripada lain ini nampaknya mendapat perhatian dunia sekali lagi.

Walaupun pernah terpalit dengan beberapa kontroversi sebelum ini, satu perkara yang ramai harus bersetuju adalah beliau berjaya dalam apa yang diusahakannya.

Salah satu syarat untuk mempunyai syarikat yang berjaya adalah melantik pekerja-pekerja yang berbakat dan sesuai dengan pekerjaan yang ingin dijalankan dan tidak hairanlah mengapa syarikat kepunyaan Musk iaitu Tesla, SpaceX dan juga Neuralink menjadi dambaan ramai.

image is not available

Pun begitu, baru-baru ini Elon Musk telah melantik seorang remaja genius berusia 14 tahun sebagai jurutera perisian terbaharu di salah sebuah syarikatnya iaitu SpaceX.

Remaja berkenaan, Kairan Quazi telah bergelar seorang graduan pada usia muda dan selepas menjalani beberapa siri temuduga yang mencabar, SpaceX telah melantik Kairan sebagai salah seorang rekrut terbaru untuk bahagian Starlink, perkhidmatan internet satelit milik Musk.

Kairan Terpilih Selepas Temuduga Mencabar

Menerima tawaran pekerjaa dari SpaceX bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai permulaan, surat penggilan temuduga yang diterima Kairan jelas memerlukan dia berupaya untuk menyelesaikan perbagai masalah yang rata-rata menjadi masalah kepada orang dewasa.

Walaupun tidak didedahkan, Kairan menyifatkan proses temuduga berkenaan telus, mencabar dari segi teknikal dan juga menggembirakan.

Menurut laporan, Kairan akan mula bekerja pada bulan Julai seperti yang diumumkan di posting LinkedIn milik beliau.

image is not available

Pihak media ketika ini menyifatkan Kairan Quazi genius ketika lahir. Ketika berusia dua tahun, Kairan sudah boleh mula bertutur ayat penuh dan ketika di peringkat tadika, dia akan menceritakan kisah yang didengarinya di radio kepada guru-guru dan rakan di sekolah.

Ketika berusia 9 tahun, dia merasakan peringkat tersebut tidak sesuai dengan dirinya, jadi keluarganya telah mendaftarkan dia ke Kolej Las Positas di California dan ketika inilah dia merasakan kurikulum pendidikan disana sesuai dengan kebijaksanaannya.

image is not available

Selepas itu, dia berhijrah ke Universiti Santa Clara sebagai pelajar kejuruteraan yang membolehkan dia memilih kerjaya yang sesuai dan membolehkan dia menyelesaikan masalah besar di dunia ini.

Pun begitu, ketika di kolej, dia tidak diterima di banyak tempat selain banyak syarikat tidak mengendahkan permintaanya untuk menjalankan latihan industri.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.