Gentari aktifkan 10 pengecas EV di Paradigm Mall Petaling Jaya

29 Nov 2023 • 9:50 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pusat beli belah Paradigm Mall di Petaling Jaya mengumumkan yang terdapat 10 pengecas EV baharu di lokasi mereka. 10 yang terbaharu ini dikendalikan Gentari manakala 2 lagi yang sedia ada adalah kendalian ChargEV untuk jadikan kesemuanya 12 pengecas yang boleh dimanfaatkan pengunjung.

image is not available

Pemandu EV yang ingin mengisi bateri sewaktu membeli belah bolehlah pergi ke tingkat Basement 01 di zon kuning antara tiang J20 dan J22. Di sana, anda boleh temui 4 pengecas 22kW AC dan 6 lagi adalah 7KW AC. Untuk maklumat tambahan, EV yang dilengkapi penerima kuasa 1 fasa seperti BYD Dolphin, Atto 3, ataupun Ora Good Cat boleh menikmati pengecasan berkuasa maksimum dengan mana-mana pengecasan ini.

image is not available

Daripada segi kadar, pengecas 22kW AC diiklankan pada paras RM0.18/minit (RM10.80/jam) sementara puengecas 7kW AC pada RM0.13/minit (RM7.80/jam). Proses mengecas boleh dimulakan melalui aplikasi Setel ataupun JomCharge. Sekiranya anda mempunyai langganan tahunan Gentari, jangan lumpa untuk gunakan diskaun 50% ke atas kadar bayaran tadi.

Selain Paradigm Mall, stesen EV yang berhampiran dan boleh anda kunjungi untuk pengecasan lebih pantas adalah di XPark Sunway Serene. Lokasi ini menyediakan pengecas EV berkuasa 350kW DC dan 180kW DC.

image is not available

Sumber: SoyaCincau