
Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya daripada tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.
Hakim Faiz Dziyauddin bagaimanapun memerintah Muhammad Yasin ditempatkan di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak sehingga tempoh selama mana yang diperkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Walaupun dilepas dan dibebaskan atas alasan semasa kejadian sebagaimana yang didakwa tertuduh berada dalam keadaan mental yang tidak waras.
"Walaupun tertuduh sedar akan perbuatannya itu namun gejala-gejala yang dihadapinya pada masa itu menyebabkan kemerosotan kognitif pada tahap teruk sehingga tertuduh tidak mampu untuk mengetahui bahawa perbuatan itu adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang.



![[VIDEO] '20 bulan turun naik mahkamah, hari ini berakhir baik' - Yasin](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)