Gentari Kini Menawarkan Pelan Pengecasan Pada Harga Serendah RM 350 Setahun

Business & FinanceCars
11 Feb 2026 • 7:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sinonim dengan pemilikan kereta elektrik adalah langganan pelan pengecasan yang memberikan diskaun kepada pemilik EV. Gentari yang sebelum ini menawarkan pelan Go Power Passes telah mengemaskini penawaran mereka untuk tahun 2026 dengan dua pelan pengecasan yang lebih rendah harganya berbanding tahun lepas. 

image is not available

Untuk tahun 2026, mereka menawarkan dua pelan pengecasan yang dibezakan menerusi harga langganan dan juga diskaun yang akan diterima. Bermula RM 350 setahun menerusi pelan Go Starter, ia memberikan 15% diskaun dengan had jumlah diskaun sebanyak RM 1,000. Jika diskaun 15% tidak mencukupi, pelan kedua yang ditawarkan adalah pelan Go Plus yang menawarkan diskaun sebanyak 30% pada harga langganan RM 699 setahun, dengan had jumlah diskaun sebanyak RM 2,000. 

image is not available

Diskaun menerusi pelan langganan ini hanya boleh digunakan di pengecas Gentari sahaja, dan tidak termasuk kepada pengecas berjenama lain termasuklah rakan perayauan pengecasan yang lain. Diskaun yang ditawarkan untuk kedua-dua pelan ini adalah lebih rendah dari pelan Go Power yang menawarkan diskaun 50% namun telah ditamatkan pada akhir Januari 2026 yang lalu. 

Sekiranya anda kerap mengecas kereta elektrik di rumah, mungkin anda tidak memerlukan pelan sebegini akan tetapi pelan ini berpotensi memberikan pulangan yang baik kepada mereka yang tidak mempunyai akses kepada pengecasan, seperti warga bandar yang tinggal di pangsapuri mahupun kondominium.