Gentari, Sarawak Energy dan SEDC jalin kerjasama pacu pertumbuhan tenaga bersih

27 Jun 2023 • 3:04 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Gentari, Sarawak Energy dan SEDC jalin kerjasama pacu pertumbuhan tenaga bersih

zulfadli

27/06/2023 - 15:04

KUALA LUMPUR 27 Jun - Gentari Sdn Bhd memeterai dua perjanjian kerjasama strategik dengan Sarawak Energy Bhd dan SEDC Energy Sdn Bhd masing-masing untuk meneroka peluang berpotensi dalam membangun dan menggunakan rumusan tenaga bersih di Sarawak.

Kerjasama Gentari dengan Sarawak Energy akan menumpukan kepada mempelbagaikan dan meningkatkan campuran tenaga negeri, termasuk membolehkan bekalan tenaga yang lebih mampan dan boleh diperbaharui, melalui penggunaan projek tenaga boleh diperbaharui.

Sementara itu, kerjasama dengan SEDC, anak syarikat milik penuh Sarawak Economic Development Corp, akan menumpukan kepada pengeluaran hidrogen hijau dengan mengoptimumkan sumber boleh diperbaharui yang banyak di negeri ini.

Di samping itu, kerjasama Gentari, SEB dan SEDC Energy mewujudkan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang komprehensif dan luas di Sarawak.

Inisiatif ini akan menjadi penting untuk mempromosikan penyelesaian mobiliti hijau dan menggalakkan peralihan ke arah pengangkutan rendah karbon di negeri itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Gentari, Sushil Purohit berkata, kerjasama strategik mereka merangkumi pendekatan holistik untuk menangani keperluan tenaga bersih Sarawak.

"Dengan memanfaatkan kepakaran kami untuk membolehkan penyelesaian hujung ke hujung, kami menyasarkan untuk membantu memupuk masa depan yang lebih hijau dan lebih berdaya tahan tenaga untuk negeri ini.

"Ia juga bagi menjadikan Sarawak sebagai peneraju serantau dalam tenaga bersih, dengan tumpuan kepada sektor hidrogen hijau," katanya dalam kenyataan media di sini.

Bagi memastikan kejayaan penuh kerjasama strategik itu, Gentari akan bekerjasama rapat dengan kerajaan Sarawak dan pihak berkepentingan lain dalam rangka kerja penyelarasan awam-swasta. - DagangNews.com