Gentari Turut Menawarkan Pengecasan Kereta Percuma Sempena Hari Raya

TechnologyDigitalCars
20 Apr 2023 • 10:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bersempena dengan musim perayaan, selain TNB, kini Petronas melalui Gentari turut mengumumkan penawaran pengecasan percuma untuk kereta elektrik selama 4 hari.

Gentari menawarkan pengecasan percuma ini bermula 21 April 2023 sehingga 24 April 2023, di lima lokasi.

Lima lokasi berkenaan adalah di Petronas Juru, Petronas Gunung Semanggol, Petronas Pedas-Linggi, Petronas Gambang Arah Timur, dan juga Petronas Gambang Arah Barat.

image is not available

Bagi anda yang memandu pulang bersempena musim perayaan ini, boleh merancang perjalanan anda, dan menyemak pengecas percuma sekiranya menggunakan kereta elektrik.