Geome Xingyuan Dilancarkan di China – Dari RM42K, Cecah 410 KM Sekali Cas!

LocalCars
13 Oct 2024 • 6:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Geely baru-baru ini secara rasminya telah melancarkan model EV, Geome Xingyuan di China. Lima varian daripada dua siri model ditawarkan iaitu Xingyuan dan Xingyuan Up. EV kompak ini dijual pada harga antara RMB69,800 hingga RMB98,800 (~RM42,000 hingga RM60,000), dengan pilihan jarak pemanduan dari 310 km dan 410 km (CLTC).

Perkembangan Global dan Hubungan dengan Proton

image is not available

Semasa majlis pelancaran, Geely mengumumkan bahawa barisan model Geome bakal digabungkan ke dalam Geely Galaxy sebagai siri kereta butik pintar (smart boutique car series) menyertai model Geely Galaxy E5.

Seperti yang kami pernah kami laporkan sebelum ini, Galaxy E5 merupakan asas kepada Proton e.MAS 7 yang dibangunkan hasil kerjasama Proton dan Geely.

image is not available

Proton juga telah mengumumkan dua lagi model dalam barisan e.MAS, dan berdasarkan teaser terdahulu, besar kemungkinan Geome Xingyuan akan dijenamakan semula sebagai e.MAS 5 untuk pasaran Malaysia.

Dimensi dan Saingan Pasaran EV Kompak

image is not availableimage is not available

Dari segi reka bentuk, Geome Xingyuan menyerupai model smart #1, dengan panjang 4,135 mm, lebar 1,805 mm, tinggi 1,570 mm dan jarak roda 2,650 mm. Ini menjadikannya pesaing terdekat kepada model seperti BYD Dolphin dan Dongfeng Box S31 yang bakal dilancarkan di Malaysia.

Pilihan Trenkuasa dan Prestasi

Geome Xingyuan hadir dalam dua pilihan trenkuasa. Versi 310 km dikuasakan oleh motor elektrik 58 kW (78 hp) dengan tork 130 Nm, manakala versi 410 km menggunakan motor 85 kW (114 hp) dengan tork 150 Nm. Kedua-dua varian mempunyai kelajuan maksimum 140 km/j dan mampu memecut dari 0–50 km/j dalam masa 3.9 saat, menjadikannya sesuai untuk penggunaan bandar.

Model ini menggunakan bateri Li-Po yang dibangunkan CATL, dengan kapasiti 30.12 kWj dan 40.16 kWj, berbeza dengan Galaxy E5 yang menggunakan bateri Aegis LFP milik Geely.

Sistem Bantuan Pemandu Canggih (ADAS)

image is not availableimage is not available

Geome Xingyuan juga dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) yang meningkatkan keselamatan dan kemudahan pemanduan. Antara ciri yang ditawarkan termasuk kawalan jelajah adaptif, pengecaman tanda lalu lintas, amaran keluar lorong, dan brek kecemasan automatik.

Kokpit & Teknologi

image is not availableimage is not available

Di bahagian dalam, Geome Xingyuan menampilkan kokpit simetri dengan paparan LCD instrumen bersaiz 8.8 inci serta stereng pelbagai fungsi. Skrin infotainmen berukuran sama ada 10.1 inci atau 14.6 inci, bergantung kepada varian. Sistem ini disepadukan dengan sistem Flyme Auto milik Geely. Ciri tambahan lain termasuk pad pengecas tanpa wayar 50W dan fungsi pembantu suara.

Ruang Simpanan yang Banyak

image is not availableimage is not available

Model ini juga tampil praktikal dengan ruang 36 ruang simpanan, termasuk ruang depan (frunk) 70 liter, kotak simpanan dashboard (glove box) 10 liter dan ruang pada konsol tengah 20 liter. But belakang pula menawarkan kapasiti simpanan 375 liter yang boleh diperluaskan hingga 1,320 liter dengan tempat duduk belakang dilipat.

Pelancaran di Malaysia Dijangka pada Suku Pertama 2025

Di Malaysia, model ini dijangka dilancarkan pada suku pertama 2025 dengan nama baharu, berkemungkinan Proton e.MAS 5.

Sumber: CarNewsChina