Ini Dia Pencabar Vellfire, Alphard, Zeekr 009, Pengecasan Bateri Paling Laju, SAH Masuk M'sia

TechnologyCars
24 Sep 2024 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jenama kenderaan elektrik (EV) mewah dari Geely dilihat terus melebarkan sayapnya ke pasaran ASEAN apabila ia melancarkan secara rasminya MPV elektriknya, Zeekr 09 di pasaran Thailand, baru-baru ini.

MPV ini adalah model Zeekr kedua yang mula dijual di negara itu selepas kemunculan Zeekr X elektrik pada awal tahun ini.

Untuk pasaran Thailand, Zeekr 009 hanya hadir dalam satu varian iaitu Flagship AWD, dimana ia dikuasakan oleh dua motor elektrik.

image is not availableimage is not available

Untuk itu, ia mampu menghamburkan kuasa setakat 603 HP (450 kW) dan 693 NM, dan mampu memecut dari 0-100 kilometer hanya dalam masa 4.5 saat.

Sementara itu, kelajuan maksimum MPV ini adalah 230 km/j.

Difahamkan, ia disumbat dengan bateri nikel mangan kobalt (NMC), berkapasiti 116-kWh yang membolehkan ia bergerak sejauh 582 kilometer.

image is not available

Apa yang cukup menarik di sini ialah mengenai pengecasan jentera ini.

Zeekr mendakwa bateri MPV ini yang menyokong pengecas pantas DC, boleh dicas daripada 10-80 peratus hanya dalam masa 11.5 minit.

Fuh, ini ciri yang diidamkan oleh kebanyakan pembeli EV.

Memandangkan ia satu-satunya varian spesifikasi tertinggi, maka model ini mendapat beberapa ciri yang cukup bergaya.

Antaranya ia dipadankan dengan rim aloi bersaiz 20 inci, selain hadir dengan suspensi udara yang biasa.

image is not availableimage is not available

Malah, Zeekr 009 Flagship AWD ini juga hadir dengan susun atur enam tempat duduk dimana tempat duduk barisan kedua didatangkan dengan dua tempat duduk lounge eksekutif, ala-ala gaya kerusi dalam kapal terbang.

image is not availableimage is not available

Ia juga hadir dengan skrin bersaiz 17 inci yang boleh dilipat dimana ia disediakan

untuk penumpang belakang, manakala persediaan skrin hadapan terdiri daripada paparan infotainment bersaiz tengah 15.4 inci selain paparan digital 10.25 inci yang lebih kecil.

Tidak ketinggalan, jentera ini juga hadir dengan bumbung kaca panoramik jenis terbelah dua, sistem bunyi sekeliling Yamama dan banyak lagi.

Ia hadir tiga pilihan warna: Crystal White, Electric Blue dan Phantom Black.

image is not available

Menyentuh mengenai harganya, MPV Zeekr 009 dijual pada harga 3.099 juta bhat (sekitar RM395,000) yang menjadikannya jauh lebih murah berbanding pesaing terdekatnya, Toyota Alphard dan Vellfire .

Apa yang menjadi persoalan, Zeekr 009 sudah menembusi negara jiran, adakah ia akan dibawa ke negara kita?

Mungkin ya memandangkan kelibat jentera ini sudah pun dirakam beberapa kali di negara kita.

Jadi sudah pastinya, Zeekr 009 akan membuat penampilan sulungnya di negara kita tidak lama lagi.