George Town Dikenali Semua, Tak Perlu Tukar Nama Tanjong Penaga

17 Jul 2024 • 9:45 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada sebarang isu berkaitan nama tempat dan keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Wong Hon Wai berkata nama George Town juga disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 7 Julai 2008.

"Pengiktirafan antarabangsa itu menegaskan kedudukan George Town sebagai destinasi pelancongan terkemuka di Malaysia yang menarik pengunjung dari seluruh dunia.

"Nama George Town telah dikenali sejak sekian lama dan tiada sebarang isu yang timbul berkenaan dengan nama tempat tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini bagi mengulas kenyataan Pas Pulau Pinang yang menggesa kerajaan negeri mengembalikan nama asal George Town, iaitu Tanjung Penaga yang menurutnya melambangkan 'identiti Malaysia'.