“Tak sempat nak makan” – Gerai Burger iShowSpeed Disita DBKL?

Entertainment
3 Oct 2024 • 12:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gerai burger yang terletak di Bangsar menjadi tular selepas muncul dalam siaran langsung YouTuber terkenal dari Amerika Syarikat, iShowSpeed yang datang singgah ke Kuala Lumpur tempoh hari lalu.

Speed yang diberi pengalaman pertama untuk mencuba burger ikonik kebanggaan rakyat Malaysia telah memberi reaksi teruja dan memuji keenakan makanan jalanan itu.

Dek kerana kesedapan burger berkenaan, Speed telah memberikan wang tunai melebihi harga sebenar burger tersebut.

image is not available

Gerai burger iShowspeed disita DBKL

Sejak disinggah Speed, gerai burger terbabit telah didatangi jumlah pelanggan yang ramai dan turut diletakkan bunting ‘iShowSpeed Pernah Makan Burger Kat Sini!’ di hadapan premisnya.

Bagaimanapun, baru-baru ini dilaporkan gerai burger yang terleletak di kaki lima LRT Bangsar itu telah pun disita oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menerusi sebuah video di TikTok, kelihatan trak milik DBKL yang diparkir di bahu jalan yang dipercayai untuk mengambil barangan di gerai burger terbabit.

@foodyfun5

Stall burger ramli yang terkenal selepas IshowSpeed makan, kini di sita penguatkuasa #ishowspeed #burger #foodvalley #naya

♬ Pelangi Petang – Dato’ Sudirman

Sementara itu, pemilik gerai burger tersebut mengesahkan bahawa kedai mereka terpaksa ditutup sementara ekoran disita DBKL. Katanya, mereka akan memaklumkan perkembangan terbaharu di Instagram dan WhatsApp.

image is not available image is not available

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kasihan apabila gerai burger terbabit tidak dapat lagi beroperasi.

Ada yang mendakwa berkemungkinan ada pihak yang membuat laporan selepas gerai tersebut dikenali ramai.

Pun begitu, segelintir netizen merasakan tindakan tersebut diambil kerana tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk penjaja.

Siapa sempat cuba burger dekat sini?

Sumber: TikTok, Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.