Gerai jual mercun, bunga api terbakar dikesan tiada lesen

17 Apr 2023 • 10:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 17 APRIL: Gerai menjual mercun dan bunga api yang terbakar di Jalan Raja Bot, Chow Kit di sini, semalam, didapati tidak mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wang Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata satu kertas siasatan telah dibuka terhadap insiden yang tular di media sosial itu dan individu terbabit telah dikenal pasti.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata insiden yang berlaku pukul 10.50 malam semalam itu disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk tidak terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang dan tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan yang dikuatkuasakan.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved