Gerakan pecat Tang Jay Son, bertanding tiket Bersatu di DUN Rahang

LocalPolitics
18 Jul 2026 • 8:46 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Gerakan pecat Tang Jay Son, bertanding tiket Bersatu di DUN Rahang

KUALA LUMPUR - Parti Gerakan memecat keahlian Tang Jay Son berkuat kuasa serta-merta selepas beliau bertanding atas tiket Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Menurut Setiausaha Agung parti itu, Wong Chia Zhen, tindakan itu diambil ke atas Tang, yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rahang kerana ia merupakan pelanggaran disiplin parti yang serius dan bertentangan dengan prinsip kesetiaan kepada parti.

Wong berkata, setiap ahli bertanggungjawab mematuhi perlembagaan parti, menghormati keputusan organisasi serta menjaga disiplin dan integriti parti pada setiap masa.

"Mana-mana ahli yang bertindak bertentangan dengan kepentingan parti akan dikenakan tindakan disiplin yang sewajarnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tang, berdepan dengan pertandingan empat penjuru di DUN Rahang iaitu penyandang Siau Meow Kong (Pakatan Harapan), Yap Siok Moy (Barisan Nasional) dan S. Tinagaran (Parti Sosialis Malaysia).

PRN Negeri Sembilan yang ditetapkan pada 1 Ogos ini menyaksikan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) manakala PH bertanding solo di semua 36 DUN.

Pada PRN ke-16 ini juga, PH akan bertanding di kesemua 36 kerusi DUN, BN (25 kerusi) dan PN (11 kerusi), selain Parti Orang Asli Malaysia (ASLI), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) masing-masing satu kerusi DUN.

Sementara Bersatu akan bertanding di 24 kerusi DUN dengan menggunakan logo Bersatu.
PRN terakhir Negeri Sembilan berlangsung pada 12 Ogos 2023 dengan PH memenangi 17 kerusi DUN, diikuti BN dengan 14 kerusi dan PN lima kerusi. - 18 Julai, 2026

The post Gerakan pecat Tang Jay Son, bertanding tiket Bersatu di DUN Rahang appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved