Geram, rasa nak marah kawan-kawannya – abang mangsa lemas

3 Sep 2026 • 11:42 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Geram, rasa nak marah kawan-kawannya – abang mangsa lemas

KOTA TINGGI: Abang kepada salah seorang mangsa lemas di Pantai Tanjung Lompat, di sini reda dengan kejadian menimpa adiknya, Muhammad Adib Hafiy Kamal, 16, selepas lebih 24 jam operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

Muhammad Azril Haziq Kamal, 23, berkata, pada awalnya selepas mendapat perkhabaran tentang insiden berkenaan, dia berasa marah dan geram terhadap rakan-rakan adiknya yang mengajaknya mandi pantai.

Bagaimanapun katanya, perasaan marah itu bertukar kepada pasrah dan reda tidak berapa lama kemudian.

“Awal-awal dapat tahu dia lemas, saya geram sehingga rasa nak marah kawan-kawannya kerana ajak dia mandi pantai. Tetapi tidak lama kemudian perasaan reda itu muncul.

“Mungkin jika dia ditemukan dalam tempoh satu atau dua jam, masih ada harapan, tetapi sekarang sudah lebih sehari. Kami sekeluarga sudah reda dengan apa yang berlaku,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Tambah anak sulung daripada lima beradik itu, kali terakhir dia bertemu adiknya adalah pada malam ambang Merdeka, pada 30 Disember lalu.

“Biasanya sempena 31 Ogos, saya akan pergi ke Putrajaya untuk menyaksikan sambutan, tetapi tahun ini tidak tahu kenapa perasan saya mahu balik pulang ke kampung untuk bertemu keluarga.

“Jadi pada malam ambang Merdeka tahun ini, kami lengkap sekeluarga bertemu dan makan malam bersama-sama. Saya sendiri duduk di sebelah arwah,” katanya yang merupakan seorang penuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Muhammad Azril Haziq turut memberitahu, adiknya tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap ketika kali terakhir dia bertemu dengannya.

“Saya tidak perasan sebarang kelainan padanya. Dia memang agak pendiam berbanding adik beradik lain tetapi dia yang paling rapat dengan ayah kami.

“Tetapi saya difahamkan dia ada maklumkan kepada ahli keluarga lain bahawa dia mahu ke keluar berkhemah bersama rakan-rakannya,” katanya.-UTUSAN

The post Geram, rasa nak marah kawan-kawannya – abang mangsa lemas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved