Geran khas Sabah bakal diwarta

LocalPolitics
5 Nov 2026 • 5:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Geran khas Sabah bakal diwarta

Kuala Lumpur: Kerajaan akan mewartakan suatu perintah sebelum akhir tahun ini bagi membolehkan Sabah menerima baki RM900 juta daripada geran khas berjumlah RM1.5 bilion, kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata RM600 juta sudah dibayar, manakala bakinya akan disalurkan selepas perintah itu diwartakan.

“Insya-Allah sebelum hujung tahun ini, gazet akan keluar untuk pembayaran RM1.5 bilion. Bakinya akan dibayar sejurus gazet sudah dikeluarkan,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai peruntukan Belanjawan 2027 bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat.

Amir menjawab soalan Wilfred Madius Tangau (GRS-Tuaran), yang bertanya bilakah baki jumlah itu akan dibayar.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan pada Mei bahawa geran khas tahunan Sabah akan dinaikkan daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion. Bayaran pertama sebanyak RM600 juta dibuat pada 12 Jun.

Jumlah RM1.5 bilion itu merupakan bayaran interim sementara kerajaan persekutuan dan kerajaan Sabah menentukan jumlah penuh yang terhutang kepada negeri itu di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Di bawah perlembagaan, Sabah berhak menerima 40 peratus daripada pertambahan hasil bersih persekutuan yang diperoleh dari negeri itu berbanding jumlah yang dikutip pada 1963. Bagaimanapun, kedua-dua kerajaan masih belum mencapai persetujuan mengenai jumlah yang perlu dibayar berdasarkan formula itu.

Madius turut meminta jaminan bahawa perintah baharu itu tidak akan menjejaskan hak perlembagaan Sabah untuk menerima 40% bahagian hasil berkenaan.

Amir berkata kerajaan Persekutuan tidak pernah menafikan hak Sabah untuk menerima bayaran itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved