Gerhana matahari penuh ‘pukau’ Eropah hari ini

12 Aug 2026 • 9:51 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Gerhana matahari penuh ‘pukau’ Eropah hari ini

MADRID – Jutaan penduduk di Eropah berpeluang untuk melihat fenomena gerhana matahari penuh yang jarang berlaku dan merentasi benua tersebut hari ini.

Fenomena tersebut terhasil apabila Bulan melindungi matahari dan akan menukarkan siang kepada suasana seakan senja untuk beberapa minit. 

Gerhana matahari penuh itu sepenuhnya akan bermula di kawasan utara Arktik Rusia yang terpencil sebelum berterusan dalam bentuk lengkungan merentasi Greenland dan Iceland. 

Sepanyol menjadi lokasi terbaik untuk menyaksikan gerhana penuh ini, bayang-bayang tersebut akan melintasi negara itu secara menyerong dari pesisiran pantai Atlantik utara hingga ke Laut Mediterranean.

Lebih ramai pemerhati akan menyaksikan gerhana separa, yang boleh dilihat di sebahagian besar Eropah, Kanada, bahagian utara Amerika Syarikat dan barat laut Afrika.

Ini merupakan gerhana penuh pertama di tanah besar Eropah sejak tahun 2006. – AFP

 

The post Gerhana matahari penuh ‘pukau’ Eropah hari ini appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved