Gesaan siasat individu hina Islam

LocalPolitics
12 Mar 2026 • 4:22 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif menggesa siasatan segera dijalankan serta tindakan tegas diambil terhadap individu terlibat memijak helaian al-Quran dan membuat lukisan lucah pada helaian lain.

“Saya menggesa pihak berkuasa khususnya Majlis Ugama Islam Sabah (Muis), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), supaya menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Tindakan tegas mesti diambil berdasarkan undang-undang sedia ada terhadap mereka yang terlibat,” kata Dr Mohd Arifin yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam negeri kepada Daily Express, Selasa.

Suspek menggunakan nama samaran ketika melakukan perbuatan terbabit.

Satu insiden serupa sebelum ini melibatkan seorang pelajar universiti di Pahang yang telah didakwa di mahkamah.