“Get A Room!” – Elizabeth Tan Kongsi Gambar Cium Mulut Dengan Suami, Netizen Bagi Komen ‘Kolot’

Entertainment
28 Sep 2022 • 3:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi, Elizabeth Tan sekali lagi menjadi perhatian orang ramai apabila memuat naik beberapa keping gambar memaparkan aksi romantisnya bersama suami, Siew Jim menerusi laman Instagram miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy dilihat menggayakan dres hitam seksi sambil menayangkan aksi bercumbuan bersama suami.

Difahamkan, gambar tersebut telah diambil sempena pasca perkahwinan mereka.

Post-wedding shoot.

Meninjau di ruangan komen, hantaran itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, ada yang memuji gambar kahwin penyanyi lagu Knock Knock itu bersama suami kelihatan seperti gambar poster untuk drama Korea.

Macam Kdrama punya photoshoot lahhh, powerr – Peminat.

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang menyifatkan aksi mesra itu agak keterlaluan dan tidak sesuai untuk dikongsikan kepada umum.

Lebih mengecewakan, hantaran tersebut turut menjadi lubuk komen lucah kaum lelaki dalam media sosial.

image is not available

Info tambahan, Lizzy atau nama sebenatnya Elizabeth Tan Su Mei telah mendirikan rumah tangga dengan Siew Jim pada 21 Mac 2021 dan masih belum dikurniakan cahaya mata namun merancang untuk memilikinya pada akhir tahun ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

(VIDEO) "Kahwin Banyak Sebab..." - Pandai Cakap Di TikTok, Netizen 'Speku' Sajat Dah Jadi Pakar Motivasi