Penyanyi, Elizabeth Tan sekali lagi menjadi perhatian orang ramai apabila memuat naik beberapa keping gambar memaparkan aksi romantisnya bersama suami, Siew Jim menerusi laman Instagram miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy dilihat menggayakan dres hitam seksi sambil menayangkan aksi bercumbuan bersama suami.
Difahamkan, gambar tersebut telah diambil sempena pasca perkahwinan mereka.
Post-wedding shoot
Meninjau di ruangan komen, hantaran itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, ada yang memuji gambar kahwin penyanyi lagu Knock Knock itu bersama suami kelihatan seperti gambar poster untuk drama Korea.
The post “Harap Bertenang Semua”, Gambar Elizabeth Tan Cium Mulut Dengan Suami Tarik Perhatian Netizen appeared first on Oh! Media.


