Getty Images Batalkan Penggabungan Dengan Shutterstock

WorldBusiness & Finance
2 Jul 2026 • 1:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Getty Images Batalkan Penggabungan Dengan Shutterstock

Tahun lalu Getty Images mengumumkan mereka telah bersetuju menggabungkan syarikat bersama Shutterstock, sekaligus membentuk entiti baharu yang bernilai sekitar $3.7 bilion. Selepas lebih setahun diumumkan, Getty mengumumkan mereka tidak akan meneruskan pembelian kerana menerima tentangan daripada Pihak Berkuasa Persaingan dan Pasaran UK (CMA).

Image from: Getty Images Batalkan Penggabungan Dengan Shutterstock

CMA meminta Getty menjual perniagaan editorial milik Shutterstock sekiranya ingin meneruskan penggabungan. Lembaga pengarah Getty secara sebulat suara enggan menjual perniagaan ini dan pembatalan akan diumumkan secara rasmi pada 6 Julai depan menurut laporan WSJ.

Tujuan utama kedua-dua syarikat ini ingin bergabung ialah untuk memfokuskan kepada melesenkan kandungan seperti gambar dan video untuk entiti media, penerbit kandungan, dan pelbagai agensi. Tetapi model perniagaan ini terjejas disebabkan oleh populariti imej janaan kecerdasan buatan (AI) generatif.

Untuk makluman, Getty Images turut memiliki perkhidmatan seperti Unsplash, sementara Shutterstock pula mempunyai perkhidmatan seperti Giphy dan Envato dibawah mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved