GiatMara berjaya lahir ramai usahawan berjaya sepanjang 39 tahun penubuhan

LocalBusiness & Finance
12 Jan 2025 • 2:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR - Sejak ditubuhkan 39 tahun lepas bermula pada 12 Januari 1986, GiatMara telah berjaya memainkan peranan aktif dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan usahawan yang berjaya di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dengan 232 cawangan di seluruh Malaysia, GiatMara terus komited dalam memperkasakan bidang latihan kemahiran teknikal dan vokasional yang selaras dengan keperluan industri masa kini.

"Kejayaan GiatMara melahirkan graduan yang berkualiti mencerminkan dedikasi mereka dalam memastikan setiap pelajar bukan sahaja berdaya saing, tetapi juga bersedia untuk mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing,” kata beliau menerusi hantaran Facebook pada Ahad.

Ahmad Zahid yang Pengerusi Jawatankuasa Majlis Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negara menzahirkan perasaan bangga atas kejayaan sepanjang hampir empat dekad itu dan turut mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-39 GiatMara.

Beliau turut mendoakan semoga institusi berkenaan terus berkembang pesat, memperkasakan lebih ramai rakyat di negara ini dan menjadi peneraju utama dalam memperkasakan agenda TVET negara. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved