RM124.7 juta bangunkan perindustrian, keusahawanan

LocalBusiness & Finance
31 Dec 2024 • 4:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mabulmaddin Shaiddin

KOTA BELUD: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM124.70 juta bagi pembangunan sektor perindustrian dan keusahawanan di negeri ini untuk tahun hadapan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Sehubungan itu, beliau berharap usahawan dan koperasi di negeri ini, termasuk di Kadamaian, akan mengambil setiap peluang yang disediakan kerajaan agar lebih kompetitif dan berdaya saing.

Advertisement“Kerajaan Negeri, melalui Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, turut memberi tumpuan dalam pembangunan usahawan dan koperasi yang secara langsung akan dapat menyumbang kepada peningkatan sosioekonomi masyarakat di negeri ini.

“Ini seiring dengan komitmen Kerajaan Negeri yang komited untuk terus menyokong dan memperkasa sektor keusahawanan melalui pelbagai inisiatif dan program pembangunan usahawan dan koperasi di negeri ini.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Saya percaya dengan segala bantuan yang disediakan kerajaan, lebih banyak lagi yang boleh dibangunkan oleh usahawan atau koperasi di negeri ini, termasuk di Kadamaian, khususnya dalam sektor pelancongan dan pertanian,” katanya.

Ketua Menteri turut memuji usaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) yang terus terus membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan koperasi di negeri ini.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Santuni Madani Kuskop bersama Komuniti Kota Belud sempena Majlis Rumah Terbuka Krismas Kadamaian 2024, di Dewan Kadamaian Square, Taginambur, di sini pada Isnin.

Beliau berkata Kerajaan Negeri juga bersedia untuk mempertingkatkan lagi jaringan kerjasama dengan Kuskop dalam pelaksanaan program-program lebih berimpak tinggi yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan semasa dalam konteks keusahawanan dan juga masyarakat setempat.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Saya amat menghargai pencapaian yang direkodkan oleh Kuskop, yang sentiasa komited dalam membantu usahawan PMKS dan koperasi, termasuk komuniti penjaja dan peniaga kecil, ke arah memperkasakan ekosistem keusahawanan dan gerakan koperasi.

“Saya berharap Kuskop akan terus membantu usahawan PMKS bukan saja di Kadamaian malah di seluruh negeri ini. Semoga segala usaha yang dilaksanakan oleh Kuskop akan memberikan manfaat kepada usahawan dan koperasi dalam mengukuhkan kelangsungan perniagaan,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berharap Pelan Pembangunan Kadamaian yang dilancarkan pada 2020 itu akan terus menjadi panduan kepada semua kementerian, agensi dan jabatan kerajaan untuk membawa pembangunan di Kadamaian, demi manfaat rakyat setempat.

Justeru, beliau menekankan keperluan untuk mengekalkan kerjasama dan perpaduan dalam kalangan rakyat negeri ini, kerana ia sangat penting untuk membangunkan hal-hal sosioekonomi masyarakat di samping dapat mengukuhkan nilai-nilai perpaduan secara keseluruhannya.

Mengenai sambutan Rumah Terbuka Krismas Kadamaian itu, beliau mengajak semua rakyat negeri ini untuk bersama-sama terus mengeratkan perpaduan, keharmonian dan saling menghormati.

“Kita perlu meraikan nilai-nilai bersama dan menghayati keindahan kepelbagaian yang ada di negeri ini, khususnya. Semoga sempena Krismas ini, ia dapat membawa kedamaian dan kasih sayang kepada kita semua,” katanya.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Adun Kadamaian Datuk Ewon Benedick, Ahli Parlimen Tuaran merangkap Pengerusi Sabah Electricity Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Adun Sindumin merangkap Pengerusi Qhazanah Sabah Datuk Seri Dr Yusof Yacob serta Adun Usukan Datuk Seri Salleh Said Keruak.