Gigi Coffee Dan TUDUNGRUFFLE Lancar Kolaborasi Unik

LocalEntertainment
30 Sep 2024 • 9:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Gigi Coffee Dan TUDUNGRUFFLE Lancar Kolaborasi Unik

Kuala Lumpur, 26 September 2024 – TUDUNGRUFFLE kembali dengan kolaborasi menarik bersama jenama kopi popular, Gigi Coffee, sempena meraikan Hari Kopi Antarabangsa. Kolaborasi Gigi Coffee dan TUDUNGRUFFLE ini sangat bermakna di mana Gigi Coffee melancarkan minuman istimewa hasil kerjasama dengan TUDUNGRUFFLE, sambil merayakan ulang tahun ke-5 Gigi Coffee.

Kolaborasi bersama Gigi Coffee membuka lembaran baru dalam perjalanan TUDUNGRUFFLE, menonjolkan komitmen kedua-dua jenama dan selari dengan usaha Gigi Coffee untuk menyediakan pengalaman kopi yang istimewa dan berkualiti tinggi, serta keanggunan dan kepelbagaian TUDUNGRUFFLE dalam dunia fesyen.

TUDUNGRUFFLE dan Gigi Coffee akan melancarkan minuman eksklusif, Rose Lychee Latte, yang dihasilkan khas untuk memenuhi selera pencinta kopi bersempena dengan Sambutan Hari Kopi Antarabangsa serta pengumuman status Halal Gigi Coffee pada Oktober ini.

image is not available

Gigi Coffee kini telah berjaya mendapatkan pengiktirafan Halal secara rasmi untuk cawangannya dan sedang dalam proses memperoleh pensijilan bagi cawangan-cawangan lain.

Menariknya, TUDUNGRUFFLE juga bakal melancarkan koleksi tudung terhad, yang akan memperkenalkan empat rekaan eksklusif dan bergaya: Lottie, Arista, Crema, dan Praline.

image is not available

image is not available

Gigi Coffee

Gigi Coffee merupakan jenama kopi terkenal di Malaysia yang mempunyai keunikan dan inovasi yang tersendiri. Jenama kopi yang mempunyai lebih 150 cawangan ini menawarkan kopi berkualiti dengan harga yang berpatutan yang sesuai dengan citarasa pencinta kopi.

TUDUNGRUFFLE

TUDUNGRUFFLE, satu jenama tudung yang terkenal di Malaysia yang ditubukan pada 2014 menawarkan hijab berkualiti tinggi yang menepati syariah dan citarasa pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk dan koleksi tudung, lawati laman sesawang dan butik kami pada Oktober 2024. Salah satu daripada koleksi tudung edisi terhad kolaborasi ini (warna eksklusif) boleh didapati di laman sesawang Gigi Coffee.