KWAP, KV Asia Capital & Kapal Api labur RM250 juta pada Zus Coffee

LocalBusiness & Finance
10 Sep 2024 • 3:57 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

RM250 juta dilaburkan oleh Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) bersama KV Asia Capital dan juga Kapal Api Group dalam jenama pengendali rangkaian kopi tempatan, Zus Coffee.

Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ZUS Coffee, Ian Chua, kerjasama berkenaan bukan sahaja memfokuskan kepada pengembangan perniagaan kopi, malahan sebagai menyokong langkah syarikat berkenaan ke dalam bidang baharu seperti barangan pengguna bergerak pantas (FMCG).

“Dengan pendekatan didorong teknologi perkongsian kami, kami komited untuk menjadikan kopi istimewa boleh diakses, berpatutan dan menarik.

“Visi kami adalah untuk mewujudkan ZUS Coffee sebagai jenama Malaysia yang diiktiraf di peringkat global, berkongsi komitmen Malaysia terhadap kualiti dan komuniti kepada pencinta kopi di seluruh dunia,” katanya.

Sementara itu, Ernst & Young Malaysia pula bertindak sebagai penasihat penggabungan dan pengambilalihan (M&A) bagi urus niaga yang bakal membuka lembaran baharu dan batu loncatan untuk pertumbuhan ZUS Coffee.

Jenama rangkaian kopi terkenal ini sudah mendapat tempat di hati pencinta kopi dan dilaporkan telah mengendalikan 600 kedai di serantau.

Sebelum ini juga, Zus Coffee menarik perhatian ramai apabila menyumbangkan sumbangan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved