“Gigi tinggi dan sangat besar”- Guardiola

FootballSports
12 Sep 2025 • 4:09 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

MANCHESTER – Manchester City mengumumkan penjaga gol kebangsaan Itali, Gianluigi Donnarumma, sah menyertai kelab itu pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas minggu lalu dari Paris Saint-Germain (PSG) dengan menandatangani kontrak lima tahun.

Donnarumma, 26, membawa pengalaman luas selepas beraksi bersama AC Milan sebelum ini dan PSG, di mana beliau turut membantu kelab Perancis itu menjulang trofi UEFA Champions League pada Mei lalu.

Pengendali City, Pep Guardiola, memuji kehadiran Donnarumma yang disifatkan sebagai pemain berkarisma serta mampu memberi keyakinan kepada pasukan.

“Gigi berusia 26 tahun tetapi memiliki pengalaman yang luar biasa. Dia tinggi dan sangat besar. Semua penjaga gol mahu menyelamatkan bola, memberikan keyakinan kepada pasukan dan mempunyai personaliti tersendiri – dan dia adalah kehadiran besar di pentas utama,” kata Guardiola.

Dalam masa sama, City turut mengucapkan selamat tinggal kepada dua legenda kelab, Ilkay Gundogan dan Ederson, yang masing-masing berhijrah secara tetap ke Galatasaray dan Fenerbahçe.

Sementara itu, pertahanan Manuel Akanji, tonggak utama skuad treble 2023, menyertai gergasi Serie A, Internazionale, secara pinjaman semusim.

Guardiola menegaskan sumbangan mereka yang meninggalkan kelab tidak akan dilupakan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved