“Gila” – Dituduh Perli Kes Pandu Mabuk Suga, Seungkwan SEVENTEEN Teruk Dihentam Peminat BTS

EntertainmentMusic
13 Aug 2024 • 12:15 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Baru-baru ini, Seung-kwan SEVENTEEN telah memuat naik swafoto di Instagram untuk mempromosikan minuman keras Cass Zero Sugar, di mana dia merupakan duta untuk jenama itu.

Selain itu, lelaki itu turut menulis kapsyen dengan memberi amaran,

Amaran: Minum berlebihan boleh menyebabkan strok, gangguan ingatan atau demensia. Minum semasa mengandung meningkatkan risiko kecacatan kelahiran. Apa pun, lakukan secara sederhana.

Namun lain pula jadinya apabila ada segelintir peminat mendakwa bahawa Seung-kwan sengaja menulis mesej itu untuk memerli Suga, yang sebelum ini terpalit dengan kes pandu mabuk.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 승관 SEUNGKWAN (@pledis_boos)

Malahan, nama bir itu ‘Cass Zero Sugar’ juga didakwa ditujukan kepada Suga, walaupun ramai menganggap bahawa ianya tidak masuk akal untuk membuat dakwaan sedemikian.

Komen netizen mempertahankan Seung-kwan,

  • Ni dah melampau.
  • Diorang tak tahu ke memang kena ada mesej amaran kalau promosikan alkohol?
  • Peminat luar negara sangat menjijikkan.
  • Peminat ni gila.
  • Diorang ingat Seung-kwan takde kerja lain ke nak perli Suga?

Agak-agak la peminat ni pun..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.