Giliran DBKL Serbu Jalan Silang, Jalan Petaling & Masjid India

5 Jan 2024 • 2:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Giliran DBKL Serbu Jalan Silang, Jalan Petaling & Masjid India

KUALA LUMPUR — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam telah melakukan serbuan di sekitar Jalan Silang, Jalan Petaling dan Masjid India.

Dalam pelaksanaan Tindakan Khas Parlimen Bukit Bintang, sebanyak 110 premis telah diperiksa.

Hasilnya, 29 buah premis perniagaan dan 20 penjaja tanpa lesen telah diambil tindakan dalam dalam operasi berkenaan.

image is not available
Gambar: DBKL

“Tindakan khas ini melibatkan pemeriksaan terhadap 110 aktiviti premis perniagaan, penjajaan, halangan kaki lima, pengendali atau pembantu warga asing, gerai tanpa lesen, halangan lalu lintas, iklan haram, papan tanda tulisan bahasa asing, kekotoran dan lain-lain kesalahan am.

“Hasil operasi khas ini, 29 buah premis perniagaan telah diambil tindakan pindah peralatan yang melakukan kesalahan halangan tempat awam, premis dikendalikan warga asing dan 20 penjaja tanpa lesen telah dikenakan tindakan sita barangan termasuk 3 penjaja bukan warganegara,” maklum DBKL.

image is not available
Gambar: DBKL

Sebelum ini, kakitangan daripada Bahagian Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, DBKL juga telah mengeluarkan 13 kompaun kepada pemilik premis di sekitar Desa Pandan semalam.

Dalam Operasi Anti Litter, empat kompaun telah dikeluarkan di bawah Seksyen 46(1)(d) atas kesalahan meletak, menyebab diletakkan barang-barang berhubung dengan Tred Perniagaan di tempat awam.

Tiga kompaun di bawah Seksyen 47(1)(a) atas kesalahan meletak, membuang, membenar, menyebab, diletak, dibuang habuk- habuk, kertas, abu, bangkai, sampah kotak, tong karung, lain-lain sampah sarap di tempat awam dan enam kompaun di bawah Seksyen 47(1)(d) atas kesalahan membuang sisa kotoran ke dalam longkang awam.

DBKL turut menasihatkan kepada semua peniaga di luar sana untuk sentiasa menjaga kebersihan premis.

“Diingatkan kepada semua peniaga di luar sana, menjaga kebersihan merupakan salah satu tanggungjawab anda dalam menjalankan sebarang aktiviti perniagaan.

“Janganlah suka mengambil sikap sambil lewa dalam menjaga kebersihan di premis perniagaan anda,” kata DBKL.

Sebelum ini, DBKL memaklumkan sebanyak 3,158 notis telah dikeluarkan sepanjang tahun 2023. Ia termasuk 177 penutupan premis, 2,563 sitaan penjaja, 41 pengesyoran pembatalan lesen dan 41 pengesyoran ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Sumber: X DBKL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved