Giliran FIFA jadi mangsa serangan siber

WorldFootball
26 Nov 2026 • 11:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Giliran FIFA jadi mangsa serangan siber

LONDON – Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menjadi mangsa serangan siber, namun pencerobohan data itu tidak melibatkan dokumen berkaitan rancangan pelaburan swasta Piala Dunia yang mencetuskan kontroversi besar, lapor PA Media/dpa.

Difahamkan bahawa beberapa individu baru-baru ini memperoleh akses kepada data dengan menyamar sebagai kakitangan FIFA, bukannya mengeksploitasi kelemahan dalam sistem keselamatan siber badan induk bola sepak itu.

Kumpulan Handsome Boy Hacking Club mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu dan memuat naik tangkap layar bagi menyokong dakwaannya menerusi akaun X pada 19 November.

PA Media difahamkan bahawa analisis dalaman yang dijalankan FIFA mendapati penggodaman itu melibatkan 0.1 peratus daripada keseluruhan data yang disimpan oleh organisasi berkenaan dan tiada dokumen berkaitan cadangan FIFA Forward Enterprise (FFE) diperoleh.

Presiden FIFA Gianni Infantino terpaksa menggugurkan cadangan itu pada Ogos selepas tiga konfederasi bola sepak benua menolaknya.

Cadangan itu bertujuan mendapatkan pelaburan swasta dalam sebuah syarikat yang akan mengawal hak komersial Piala Dunia dan pertandingan FIFA yang lain.

FIFA sejak itu telah menjemput anggota Majlis FIFA ke ibu pejabatnya di Zurich untuk meneliti dokumen berkaitan FFE.

Pengerusi Persatuan Bolasepak England (FA) yang juga Naib Presiden FIFA Debbie Hewitt difahamkan telah menerima jemputan itu dan meneliti dokumen berkenaan pada Selasa.

Protokol ketat dilaksanakan, termasuk keperluan untuk menyerahkan telefon bimbitnya sebelum meneliti dokumen berkenaan serta menandatangani perjanjian kerahsiaan. – Bernama

The post Giliran FIFA jadi mangsa serangan siber appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved