Gimbal Ringan DJI RS 3 Mini Dilancarkan Secara Rasmi Pada Harga RM1549

TechnologyDigital
10 Jan 2023 • 9:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

DJI RS 3 Mini telah dilancarkan secara rasmi hari ini sebagai sebuah lagi gimbal baharu daripada DJI. Ia direka untuk digunakan bersama DSLR dan kamera nircermin. Dalam masa sama, turut menawarkan sistem penstabilan terbaik dalam saiz tubuh yang lebih kecil dan ringan.

image is not available

Jika nak dibandingkan dengan beberapa model dalam siri yang sama, RS 3 Mini adalah 50% lebih ringan dengan berat sekitar 759 gram dalam penggambaran mod menegak. Keadaan ini bertambah baik dengan adanya sokongan plat dwi-lapisan serba baharu yang menyediakan pengalaman penggunaan lebih baik tanpa memerlukan aksesori tambahan.

image is not available

Seterusnya, ia juga boleh digunakan pada kamera dengan berat maksimum hampir 2 kilogram. Sokongan sistem penstabilan tiga paksi bermotor dan algoritma canggih DJI turut dimuatkan pada gimbal bagi memastikan kamera kekal stabil sepanjang proses merakam dilakukan. Fungsi pengatup bluetooth secara nirwayar pula membolehkan kamera berfungsi secara automatik sebaik sahaja ia diaktifkan dan kawalan pula menerusi butang rakaman pada gimbal.

image is not available

Pengguna juga boleh menggunakan butang yang sama untuk kawalan zum, sama ada optik atau digital. Untuk kawalan lebih mudah, ia juga memuatkan skrin berwarna sebesar 1.4-inci dan butang M yang membolehkan pengguna bertukar antara tiga mod tersesuai pada gimbal. Sebagai tambahan, gimbal turut boleh disambungkan dengan pelbagai aksesori lain seperti lampu dan mikrofon.

image is not available

Bateri yang disertakan juga dapat bertahan sehingga 10 jam yang kemudiannya boleh dicas semula sepenuhnya dalam masa 2.5 jam. Bagi yang berminat, gimbal ini dijual RM1549 sebuah menerusi pengedar sah DJI di seluruh Malaysia bermula sekarang.