“Girl, nak sembahyang Jumaat ke” – Netizen Rasa ‘Meh’ Tengok Design Skirt Jenama Luar Negara Macam Kain Pelikat

Entertainment
9 Sep 2025 • 5:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu perkongsian daripada seorang pempengaruh fesyen dari luar negara telah menangkap perhatian netizen Malaysia dan difahamkan netizen Indonesia pun turut terjebak sama.

Jika diperhatikan menerusi profil TikTok pempengaruh yang dikenali sebagai Julia Wears itu, dia menunjukkan pakaian-pakaian ready to wear (RTW) daripada jenama-jenama terkenal seluruh dunia.

Namun, mata netizen Malaysia lebih tertumpu kepada satu video skirt yang wanita ini pakai, yang mana mereka menganggap ia boleh didapati di negara ini dengan mudah dan harga yang sangat berpatutan.

 

“Saya suggest brand Gajah Duduk kak” – Netizen

Dalam video yang berdurasi 7 saat itu, wanita tersebut memperagakan skirt labuh plaid pattern (corak petak-petak) yang berwarna coklat berjalur putih di hadapan cermin dan ia merupakan jenama terkenal dari negara luar. Video tersebut telah meraih 2.2 juta jumlah tontonan dalam masa sehari.

@juliawears3

Beautiful @COS skirt I’m trying size XS #cos#coshaul

♬ original sound – youngjjenny9

Sekali imbas, pastinya kita sendiri tahu dan kenal dengan corak tersebut. Disebabkan itu, ruangan komen pempengaruh dari Eropah ini dibanjiri dengan komen netizen dari Malaysia dan juga Indonesia yang mencuit hati.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.