GISBH Buat Laporan Polis, Yakin Ada Pihak Tertentu Sengaja Sebar Fitnah Untuk Jatuhkan Imej & Perniagaan – “Didikan Songsang Tuduhan Berat”

LocalPolitics
12 Sep 2024 • 1:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Didakwa mendidik kanak-kanak di rumah amal kendalian mereka untuk meliwat dan turut diliwat oleh penjaga, syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH)ambil tindakan membuat laporan polis.

Menerusi kenyataan syarikat itu, laporan dibuat agar siasatan dapat dijalankan dan membawa pihak yang berkenaan ke muka pengadilan.

Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada GISBH sejak akhir-akhir ini. Kami menafikan segala tuduhan tersebut kerana rumah amal itu jelas bukan di bawah kendalian GISBH.

Tambah GISBH, bukan dasar syarikat tersebut untuk merancang dan melaksanakan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam dan undang-undang negara.

GISB juga menyifatkan tuduhan didikan meliwat dan diliwat melibatkan kanak-kanak di rumah amal kendalian mereka sebagai satu tuduhan yang berat dan boleh menimbulkan prasangka serta fitnah.

Kami yakin wujud pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi dan terancang bagi menjatuhkan imej dan perniagaan syarikat kami.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 hours ago

“Kami Berdoa Kepada Allah SWT Agar Fitnah & Tohmahan Ini Dapat Dinoktahkan” - GISBH Nafi Ekploitasi Kanak-Kanak