Penduduk Dakwa Tak Pernah Nampak Kanak-kanak Rumah Amal GISBH Pergi Sekolah

Entertainment
12 Sep 2024 • 1:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Heboh sejak semalam, pasukan polis menerusi Op Global telah melakukan serbuan terhadap beberapa rumah amal yang dikaitkan dengan syarikat Global Ikhawan Service and Business Holding (GISBH).

Dalam serbuan itu, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Penduduk sekitar yang mengetahui tentang serbuan di salah sebuah premis sekitar Puchong mendakwa tidak pernah nampak kelibat penghuni rumah amal terbabit pergi ke sekolah.

Seorang penduduk berkata, penghuni rumah amal itu lebih gemar membuat aktiviti sendiri dalam kawasan kediaman mereka.

“Saya tidak pernah nampak mereka (kanak-kanak) diami rumah amal itu pergi sekolah.

“Mereka juga bergaul sesama sendiri dan jarang berbual dengan orang ramai,” katanya.

image is not available image is not available

Diberhenti sekolah untuk berniaga

Sementara itu, seorang lelaki mendedahkan dia pernah berhadapan situasi sama ketika menjadi pentadbir sebuah sekolah di Rawang sebelum ini.

Dakwanya, kanak-kanak rumah amal telah diberhentikan sekolah bagi menjalankan aktiviti perniagaan.

“Ketika saya jadi pentadbir sekolah di Rawang sebelum ini, ada beberapa remaja perempuan berusia 16 tahun bersekolah di tempat saya.

“Namun daripada lima hari persekolahan, mereka hanya datang sekolah dua atau tiga hari sahaja.

“Pihak kami (sekolah) kemudiannya ada hubungi organisasi tersebut tetapi akhirnya mereka diberhentikan sekolah dengan alasan untuk berniaga,” jelasnya.

image is not available

Susulan serbuan itu juga, GISB bagaimanapun dalam satu kenyataan menafikan dakwaan bahawa pihaknya mempergunakan kanak-kanak sebagai pekerja.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.