Gitaris Iklim Umarul Mahdzar alami sesak nafas

22 Jan 2024 • 11:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan Umarul ketika menjalani rawatan di Hospital Kajang. - Astro AWANI

GITARIS kumpulan IKLIM, Umarul Mahdzar Embong dikejarkan ke Hospital Kajang pada Ahad selepas mengalami sesak nafas yang serius.

Bagaimanapun ketika ini dia dilaporkan stabil selepas sehari menjalani rawatan di hospital berkenaan.

Umarul yang dihubungi Astro AWANI pagi ini berkata, dia tiba-tiba sukar untuk bernafas petang semalam sebelum menghubungi anak saudarannya bagi meminta bantuan.

"Semalam masa keadaan hujan yang agak lebat nafas saya tiba-tiba tercungap dan sukar untuk bernafas.

"Keadaan itu buatkan saya seakan di hujung nyawa, namun syukur anak saudara saya sempat menghubungi pihak hospital yang kemudiannya menghantar ambulans ke rumah saya di Kajang," jelasnya.

Keadaan Umarul sebenarnya bertambah sukar kerana dia juga pada masa yang sama menjaga isterinya yang buta dan diserang angin ahmar.

Malah isterinya itu tidak dapat bergerak dan hanya mampu terbaring di katil.

Perkembangan ini sudah pastinya akan menyukarkan lagi keadaannya yang kini dalam perancangan untuk menjalani proses rakaman 'single' bersama IKLIM. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved