GitHub merupakan salah satu platform perkongsian projek pengaturcaraan terbesar di dunia, dan baru-baru ini mereka telah berkongsi beberapa butiran mengenai perkembangan platform tersebut sepanjang 2025 setakat ini.
Pada tahun ini sahaja, GitHub mengatakan bahawa lebih dari 180 juta pengaturcara telah menyertai GitHub, lebih dari seorang setiap saat pada tahun ini sahaja. Sebanyak 630 juta projek pengaturcaraan telah dimulakan di platform tersebut sejak ia dibuka, dan sebanyak 1.12 bilion sumbangan tenaga dan kepakaran telah diberikan kepada projek-projek tersebut.

Tetapi mungkin apa yang paling menarik ialah bahasa pengaturcaraan yang digunakan di GitHub. Mereka mengatakan bahawa bahasa pengaturcaraan yang paling banyak digunakan di platform tersebut ialah TypeScript, melangkaui Python dan JavaScript sebagai dua bahasa pengaturcaraan yang paling popular.
Menariknya, TypeScript hadir dengan syntax yang memiripi JavaScript dan dibangunkan oleh Microsoft sendiri. Ia telah melangkaui kedua-dua bahasa pengaturcaraan tersebut sebagai bahasa yang paling banyak digunakan di GitHub sejak Ogos 2025.
Angka-angka ini diambil melalui laporan Octoverse yang merakam aktiviti di GitHub sepanjang julat tarikh September 1 2024 sehingga 31 Ogos 2025.

GitHub menerangkan bahawa perkara ini adalah kerana TypeScript boleh digunakan untuk membangunkan bahagian front end dan back end sesebuah projek menggunakan syntax yang hampir sama, dan oleh kerana ini, ia menjadi bahasa pengaturcaraan pilhan ramai pengaturcara moden,
Walaupun begitu, Python masih lagi bahasa pengaturcara popular kerana ia masih lagi digunakan secara meluas untuk pembangunan perkhidmatan dan perisian kecerdasan buatan dan sains data.


![“Vandalisme Ni” – Ramai Kecam Tindakan Minah Saleh Bergayut Pada Tiang Papan Tanda Di KL [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/travel.jpeg)


