
KERAJAAN Negeri tidak akan teragak-agak untuk merombak mana-mana agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak berprestasi, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata Kerajaan sedang dalam proses meneliti beberapa entiti untuk penstrukturan semula.
“Ini perlu supaya mereka tidak akan membebankan tabung negeri,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama pengamal media Sabah di Shangri-La Tanjung Aru Resort and Spa, Kota Kinabalu, 14 April lalu.
Sambil memuji media kerana membangkitkan isu-isu yang melibatkan Negeri dan rakyat, Hajiji berkata: “Kerajaan Negeri menghargai peranan anda dalam aspek ini dan saya pasti media akan terus menjadi pemerhati di lapangan dan melaporkan isu-isu berkaitan supaya tindakan boleh diambil. Kerajaan Negeri akan berusaha sedaya upaya untuk bertindak atasnya.”
SPONSORED CONTENT MyAir planning student, civil servant fares Kota Kinabalu: With air fares between from Kuala Lumpur to Sabah and Sarawak being the bane of travellers, MYAirline’s RM249 KL-Tawau flight is making the newest low-cost airline popular among Sabahans in the Klang Valley. Read more Beliau berkata Kerajaan sentiasa memantau dan menilai prestasi jenteranya supaya ia kekal pada tahap optimum.
“Media juga memainkan peranan penting dalam pembangunan Negeri dan rakyat kerana laporan media adalah sumber maklumat Kerajaan di peringkat akar umbi. Kerajaan berterima kasih kepada media kerana melaporkan usaha Kerajaan yang lalu, sekarang dan masa depan.
“Malah semasa krisis politik di Sabah baru-baru ini, media adalah antara sumber maklumat utama untuk rakyat mengetahui keadaan sebenar,” kata Hajiji.
Pada masa sama, Ketua Menteri menggesa media supaya bertanggungjawab, profesional dan mematuhi etika dalam pelaporan supaya orang ramai tidak keliru.
Hajiji juga berkata sepanjang bulan Ramadan beliau telah menghadiri majlis berbuka puasa di pelbagai tempat termasuk di Semenanjung Malaysia yang disertai oleh semua kaum dan agama.
“Ini jelas menunjukkan wujudnya keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum, agama dan budaya yang mesti dipelihara walau apa cara sekalipun. Bagi tujuan ini, media massa mempunyai peranan penting dalam memastikan perpaduan terus kukuh dan keamanan terpelihara dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Negeri ini. Kerajaan Negeri sentiasa berharap pihak media memberi kerjasama dengan menyediakan laporan yang positif dan seimbang, selain melindungi sensitiviti agama dan kaum,” katanya.
Ketua Menteri turut menyeru media untuk terus menyokong agenda pembangunan Kerajaan, khususnya Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), yang kini memasuki tahun ketiga pelaksanaannya.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, Pembantu-Pembantu Menteri, Ketua Pengarang Daily Express Datuk James Sarda, Presiden Persatuan Wartawan Sabah Datuk Mugunthan Vanar, Pengerusi Persatuan Wartawan Kota Kinabalu Jimmy Goh, ketua pengarang dan ketua biro.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

