GLC43 4Matic Coupe, Harga Tak Mahal Sangat, Hanya RM498,888

LocalCars
6 Nov 2024 • 6:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut melancarkan Mercedes-AMG GLC 43 4MATIC Coupe pada acara eksklusif diadakan di Cycle & Carriage Bintang Autohaus, Mutiara Damansara, Petaling Jaya semalam.

Ia yang dipasang secara tempatan di kilang MBM yang terletak di Pekan, Pahang dijual pada harga RM498,888.

Bagimanapun, harga yang dinyatakan ini belum termasuk insurans, tetapi ditawarkan dengan waranti empat-tahun tanpa had perbatuan.

image is not available

Berbalik kepada model ini, ia hadir dengan enjin 2.0 liter dimana ia mampu menjana kuasa setakat 421 PS dan tork 500 Nm pada 5,000 rpm.

image is not available

Ia turut dibantu dengan enjin mild hybrid RSG dimana ia mampu menyalurkan kuasa tambahan sebanyak 10 kW (14 hp) namun apabila diperlukan.

Mercedes-Benz AMG GLC 43 Coupe ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 4.8 saat manakala kelajuan maksimum pula ialah 250 km/j.

image is not availableimage is not available

Selain itu, model ini turut didatangkan dengan sistem suspensi AMG Ride Control dengan ciri redaman adaptif, kawalan stereng gandar belakang sehingga 2.5 darjah, dan pemanduan Dynamic Select.

image is not available

Dari segi penampilannya, GLC 43 ini hadir denan gril radiator Panamericana, rekaan sayap jet dan liang intake yang besar pada apron depan, skirt sisi AMG dan rim AMG Y-spoke berukuran 21 inci.

Ia juga didatangkan dengan lampu Digital Light dan AMG Night Package.

image is not available

Menjengah bahagian kabinnya pula, jentera ini dilengkapi dengan kerusi AMG yang dibalut kulit buatan manusia Artico dan Microcut, trim gentian karbon dan tali pinggang Manufaktur berwarna merah.

image is not availableimage is not available

Antara ciri lain yang terdapat pada jentera ini ialah sistem MBUX , paparan Supersport pada skrin sentuh multimedia dan head-up display sistem audio Burmester, navigasi realiti terimbuh (AR), Keyless-Go Comfort Package, sistem kawalan iklim Thermotronic dan sebenar ada banyak lagi.

image is not available

Bagi yang berminat, jentera ini sudah sedia untuk ditempah. Apa pula pandangan anda? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!