Glide fokus jualan dalam talian, sasar 3,000 botol minyak pelincir sebulan

LocalBusiness & Finance
10 Aug 2026 • 4:40 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Glide fokus jualan dalam talian, sasar 3,000 botol minyak pelincir sebulan

SHAH ALAM: Glide Technology Sdn. Bhd. (GTSB) menyasarkan jualan antara 1,000 hingga 3,000 botol minyak pelincir sebulan dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang, susulan langkah syarikat memberi tumpuan kepada saluran jualan dalam talian menerusi TikTok Shop dan Shopee.

Ketua Strategi dan Transformasi Digital GTSB, Adam Nasaruddin berkata, tumpuan kepada platform e-dagang itu merupakan strategi syarikat memperluaskan capaian pasaran selain menarik pelanggan baharu.

Katanya, jualan dalam talian yang masih di peringkat awal menunjukkan perkembangan menggalakkan dengan sambutan yang memberangsangkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

“Fokus utama adalah meningkatkan kesedaran terhadap jenama dan produk, selain memperluaskan capaian kepada pelanggan baharu. Orang ramai boleh mengikuti akaun Shop Glide Technology di TikTok Shop dan Shopee untuk mendapatkan maklumat produk terkini serta promosi eksklusif,” katanya.

“Sambutan setakat ini menggalakkan dan pengunjung boleh mengimbas kod QR untuk mengikuti akaun TikTok dan Shopee Glide bagi mendapatkan maklumat serta promosi terkini,” katanya kepada pemberita pada program Vios Gathering 2026: The Finale, baru-baru ini.

Beliau berkata, antara produk yang mendapat permintaan ialah minyak pelincir 5W-30, 5W-40 dan 15W-40, khususnya dalam kalangan pemilik Toyota Vios dan Toyota Yaris serta beberapa model kenderaan lain

“Buat masa ini, produk sintetik penuh, semi-sintetik dan mineral turut mencatat permintaan tinggi, merangkumi pemilik kenderaan baharu mahupun kenderaan lebih berusia yang masih diselenggarakan dengan baik.

“Selain TikTok Shop dan Shopee, produk Glide turut dipasarkan menerusi beberapa bengkel dan agensi saluran dalam talian yang membawa jenama berkenaan serta boleh diperoleh secara terus melalui ibu pejabat Glide Technology dan pasukan jualannya.

“Bagaimanapun, syarikat kini memberi keutamaan kepada saluran marketplace dan jualan dalam talian bagi mengembangkan pasaran sebelum memperluaskan operasi e-dagang secara berperingkat,” ujarnya.

Dalam pada itu, diskaun sehingga 50 peratus turut ditawarkan sepanjang program berkenaan sebagai antara usaha menarik lebih ramai pengguna mencuba produk Glide.

Adam berkata, syarikat turut merancang bekerjasama dengan pempengaruh dan key opinion leader (KOL) sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran digital bagi meningkatkan kesedaran terhadap jenama.

“Kami dalam perbincangan dengan dua agensi dan terbuka untuk bekerjasama dengan lebih ramai influencer atau KOL yang berpotensi membantu mengembangkan jenama,” katanya.

Mengulas mengenai kelebihan produk syarikat berbanding jenama pesaing, beliau berkata, minyak pelincir keluaran Glide berada pada segmen premium dan setanding dengan jenama terkenal di pasaran, namun ditawarkan pada harga yang lebih kompetitif berbanding jenama lain di pasaran.

“Sebagai contoh, minyak pelincir semi-sintetik Glide ditawarkan pada harga serendah RM158 bagi empat liter, berbanding produk premium setara di pasaran yang boleh mencecah RM200,” katanya. – UTUSAN

 

The post Glide fokus jualan dalam talian, sasar 3,000 botol minyak pelincir sebulan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved