Gmail Kini Boleh Meniru Gaya Anda Menulis Emel

TechnologyDigital
8 May 2026 • 1:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Gmail Kini Boleh Meniru Gaya Anda Menulis Emel

Penggunaan AI semakin berkembang dan anda pasti menyedari semakin banyak juga penulisan di atas talian, mesej dan emel semuanya seakan sama kerana dikarang oleh kecerdasan buatan. Hasilnya ia membosankan dan tidak terasa seperti diperibadikan oleh penghantar.

Image from: Gmail Kini Boleh Meniru Gaya Anda Menulis Emel

Pada tahun 2024, Gmail memperkenalkan ciri Help Me Write yang boleh membalas emel untuk anda. Minggu ini Help Me Write dikemaskini untuk meniru gaya penulisan anda dengan lebih tepat. Ia boleh menjawab emel mengikut kontes dengan lebih tepat menerusi maklumat terkandung dalam Gmail dan Google Drive pengguna.

Draf emel yang dihasilkan oleh diubah untuk mengikut gaya penulisan pengguna sebelum ini. Dengan ciri baharu ini, emel yang kurang generik akan dapat dihasilkan.

Ciri mula diberikan sejak 5 Mei dengan ia akan dikembangkan secara berperingkat dalam masa 15 hari. Ia hanya boleh digunakan oleh pelanggan pelan Business Starter, Business Standard, Business Plus, Enterprise Starter, Enterprise Standard, Enterprise Plus, Google AI Plus, Google AI Pro, Google AI Plus, dan Google Ai Pro for Education.