Gmail Memudahkan Proses Menyalin OTP Dihantar Menerusi Emel

TechnologyDigital
22 Sep 2026 • 5:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Gmail Memudahkan Proses Menyalin OTP Dihantar Menerusi Emel

Sistem pengesahan dwi-faktor (2FA) ialah benteng keselamatan terakhir mengelakkan akaun anda dicuri penggodam yang tahu maklumat log masuk. Pelbagai sistem 2FA wujud seperti menghantar klod OTP menerusi SMS, WhatsApp dan juga emel. Bagi mereka yang memilih ia dihantar ke emel, Gmail kini menguji ciri yang memudahkan ia disalin.

Image from: Gmail Memudahkan Proses Menyalin OTP Dihantar Menerusi Emel

Saya menyedari ciri ini pada kod mel Gmail peribadi pada Sabtu lalu ketika cuba mengaktifkan Disney+ pada sebuah telefon pintar baharu. Apabila OTP dihantar, pilihan menyalin kod dapat dilihat terus daripada muka hadapan tanpa emel dibuka terlebih dahulu. Jika emel dibuka, kod OTP akan diletakkan dengan jelas dan besar di bahagian atas lengkap dengan bukan melakukan salinan.

Ciri ini memudahkan proses mencari kod OTP yang kerap kali tersorok dan tidak jelas dalam emel yang dihantar. Pada ketika ini ciri ini diberikan kepada versi terkini aplikasi Gmail di Android dan iOS sahaja tetapi belum pada versi pelayar web.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved