
PETALING JAYA: Lima lokasi di Sarawak masih merekodkan indeks pencemaran udara (IPU) pada tahap bahaya dengan bacaan IPU melebihi 300 setakat pukul 6 petang tadi.
Semakan menerusi laman sesawang Sistem Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati Serian merekodkan IPU tertinggi dengan bacaan IPU 374.
Ia diikuti Kuching (346), Sarikei (333), Sibu (323), Samarahan (318).
Sementara itu, empat lagi lokasi di Sarawak iaitu Sri Aman (295), Bintulu (247), Mukah (241) dan Samalaju (226) masih merekodkan bacaan IPU sangat tidak sihat.
Empat lagi lokasi di Sarawak iaitu ILP Miri (191), Miri (186), Kapit (185) dan Limbang (173) merekodkan bacaan IPU tidak sihat.
Selain itu, enam lokasi di Sabah yang turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu di Kota Kinabalu (177), Labuan (171), Kimanis (165), Keningau (165), Politeknik Kota Kinabalu (161) dan Tawau (154).
Satu lagi lokasi yang merekodkan IPU tidak sihat di Semenanjung adalah di Johan Setia, Selangor dengan bacaan IPU 157.
Sementara itu, sekolah, tadika dan pusat jagaan kanak-kanak akan ditutup serta-merta apabila bacaan IPU di kawasan masing-masing melebihi 200, ketika beberapa stesen pemantauan di Sarawak kini menghampiri tahap berbahaya.-UTUSAN
The post Lima lokasi di Sarawak IPU tahap bahaya appeared first on Utusan Malaysia.





