#GMWA24: Amin & Abid Memang Power! Menang lagi Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak

23 Feb 2025 • 10:49 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pasangan kembar, Amin dan Abid Othman berjaya mengekalkan kemenangan mereka untuk kategori Content Creator (Lifestyle) Tergempak  untuk tahun kedua.

Menyajikan konten kreatif dari segi reka cipta, pasangan kembar Amin dan Abid memperolehi 73.9 peratus  sekali gus memenangi kategori tersebut.

Pasangan kembar yang diberi julukan ‘Phineas & Ferb’ berjaya menewaskan finalis Top 5 terkenal lain seperti Fikri Zamri, Afie, Rasyidineedyou, dan Norpadilah.


Nama Amin dan Abid mula melonjak naik di media sosial TikTok selepas memaparkan diri mereka mencipta pelbagai rekaan kreatif.
 

Beberapa video kreatif mereka turut meraih hampir 9 juta tontonan oleh pelayar TikTok selain turut dikongsikan di platform media sosial lain.
 

Terdahulu, Amin dan Abid pernah berkongsi bahawa bakat yang dimiliki diwarisi oleh ayah mereka. Pernah menerima Anugerah Naib Canselor (ANC) Diploma Rekaan Industri (Major Pengangkutan) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), anak jati Seri Manjung itu pernah menghantar 40 rekaan model kepada salah sebuah jenama kenderaan terkemuka.