#GMWA24: Meriah! Macam-Macam Fesyen ‘Flex Your Art' Artis Dan Pempengaruh Di Karpet Merah!

24 Feb 2025 • 10:02 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

 Malam kemuncak Gempak Most Wanted 2024 (GMWA24) telah berlangsung dengan meriahnya di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad. 
 
Bagi edisi kali ini, GMWA24 membawa tema Flex Your Art dengan dresscode Artwear, menyeru setiap pencipta kandungan digital dan selebriti untuk meneroka dan menonjolkan hasil seni menerusi fesyen.
 
Jom kami kongsikan antara gaya fesyen yang mencuri tumpuan di karpet merah GMWA24.
 
Sekadar info, sekali lagi mengulangi sejarah, pelakon Anna Jobling diumumkan sebagai Gempak Most Wanted 2024 pada malam itu dengan undian tertinggi berjumlah 4.9 juta. 
 
Masih mengekalkan hos tetap program, Amelia Henderson dan Sean Lee, di samping Sherry Alhadad sebagai pengacara. 
 
Malam anugerah berprestij ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada artis-artis terkenal seperti Zizan Razak, Ernie Zakri, Hael Husaini, Amir Masdi, Ara Johari, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Insomniacks, Hujan serta wajah-wajah baharu seperti 53 Universe, Naki dan Najmi Niery.
 
Juga membuat kejutan adalah persembahan seorang diva terkemuka, Datuk Sheila Majid dan band dari Indonesia iaitu Diskoria.
 
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved