#GMWA24: “Syukur Dia Popular Hingga Tahap Ini” - Azhar Sulaiman Harap Leona Tak Sombong, Kekalkan Sikap Merendah Diri

5 Feb 2025 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Azhar Sulaiman bersyukur apabila anaknya, Kasih Iris Leona tercalon dalam Top 5 Digital Creator (Hiburan) Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA24).


Harap ada rezeki menang

 Sebagai seorang bapa, Azhar juga berharap kemenangan menjadi milik Leona sekiranya ada rezeki.


 

“Syukur dia menjadi popular hingga ke tahap ini dan saya harap dia menang.
 
“Alhamdulillah dia tercalon top 5, semoga ada rezeki untuk dia. All the best Leona,” katanya kepada Gempak.

 

Pesan supaya sentiasa merendah diri

Dalam pada itu, Azhar juga memberikan pesanan buat Leona supaya tidak sombong di masa akan datang dan sentiasa merendah diri.


 


“Apabila anda melakukan sesuatu dan anda lakukannya  dengan betul dan bersungguh-sungguh maka inilah hasilnya.


 

“Jadi daripada main-main, sekarang dah jadi satu perkara yang serius dan Leona pun sudah masuk dalam tv, saya sangat gembira untuk dia.
 
“Leona sentiasa ingat ya, untuk maju ke hadapan, untuk berjaya dalam hidup, kita perlu bersikap baik kepada semua orang dalam hidup kita,” ujarnya.

 


Selain Leona, empat lagi calon lain adalah Ryan Bakery, Acap S, Shah Zakaria dan Steph Beauty.


 


Undian fasa kedua, atau pemenang utama bagi setiap kategori boleh dilakukan di laman rasmi

bermula 15 Januari 2025, jam 6 petang sehingga 23 Februari 2025, jam 12 tengah hari.