Go Kyungpyo Dilamar Sertai Park Shinhye Dalam Siri Komedi Pejabat ‘Miss Undercover Boss’

EntertainmentLifestyle
23 May 2025 • 2:26 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Adakah penonton akan dapat lihat Park Shin-hye dan Go Kyung-pyo bergandingan bersama dalam sebuah drama?

Menurut laporan, Go Kyung-pyo akan terajui drama baru berjudul “Miss Undercover Boss”, membawa watak sebagai Shin Jung-woo, Ketua Pegawai Eksekutif Hanmin iaitu seorang penceroboh korporat yang kembali ke Yeouido dengan cita-cita yang gelap.

Bagaimanapun setakat ini, masih belum ada respon dari agensi mahupun pihak produksi mengenai penampilannya.

Sebelum ini, Park Shin-hye juga telah menerima tawaran untuk terajui drama yang sama namun, masih dalam perbincangan.

image is not available

Sementara itu, “Miss Undercover Boss” ialah drama komedi pejabat sebelum krisis kewangan IMF yang berlaku pada 1997.

Ia mengikuti Hong Geum-bo (Park Shin-hye), seorang pengawal selia kewangan elit berusia 35 tahun, yang menyamar sebagai seorang graduan sekolah menengah untuk menjalankan satu misi di sebuah syarikat sekuriti.

Nantikan info lanjut!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article