Goh Jin Wei Terpaksa Pasang ‘Portable Aircond’ Sendiri, Netizen Pertikai Nasib Atlet Di Olimpik Paris

Entertainment
2 Aug 2024 • 5:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Musim Olimpik ini, pastinya ramai juga tidak sabar-sabar menunggu sebarang perkembangan daripada atlet Malaysia ketika berada di sana, selain mengenai temasya itu, mereka juga pasti nak tahu tentang kemudahan yang disediakan di sana.

Oleh itu, pemain badminton Malaysia, Goh Jin Wei baru-baru ini melalui Instagramnya ada berkongsi pengalamannya di Paris dan ia telah menarik perhatian ramai netizen.

Dalam video itu, Goh dilihat memasang unit penghawa dingin mudah alih sendiri di biliknya di Paris. Jelasnya, dia memasang sendiri penghawa dingin tersebut kerana hanya dibekalkan kipas berdiri sahaja. Video tersebut dilihat dia membuat pemasangan penghawa dingin tersebut.

Menyediakan penghawa dingin di Olimpik”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Goh Jin Wei (@jinweigoh)

Untuk pengetahun, menurut laporan BBC, Paris kini sedang mengalami gelombang haba yang teruk, dengan suhu dijangka melonjak hingga 35°C.

Amaran haba telah dikeluarkan dengan “amaran kuning”. Amaran tahap haba pada masa ini berada pada tahap 2 daripada 4, bermakna ia agak panas tetapi bukan tahap yang paling teruk.

Susulan itu, perkongsian tersebut telah mengundang pertikaian netizen tentang kebajikan atlet semasa temasya itu.

image is not available image is not available image is not available

Hurm, harap dapatlah ditambah baik lagi.

Sumber : BBC, Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.