Gol Haaland Cetus Kontroversi, Pro Ref Minta Maaf Kepada Manchester United

Football
14 Sep 2026 • 11:40 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kemenangan Manchester City ke atas Manchester United di Old Trafford malam tadi rupanya meninggalkan satu isu besar yang terus diperkatakan selepas wisel penamat.

Badan Pengadil Profesional, Pro Ref mengakui jaringan Erling Haaland yang dibenarkan dalam perlawanan itu sebenarnya berpunca daripada kesilapan penilaian.

VAR sepatutnya minta semakan

Image from: Gol Haaland Cetus Kontroversi, Pro Ref Minta Maaf Kepada Manchester United
Kredit Foto: ESPN

Situasi tersebut pada awalnya dinilai berdasarkan kedudukan Enzo Fernandez yang berada dalam keadaan ofsaid tetapi dianggap tidak memainkan bola, walaupun terdapat percubaan untuk melakukan sentuhan.

Keadaan itu membolehkan Haaland meneruskan gerakan sebelum menewaskan penjaga gol Manchester United, Senne Lammens.

Bagaimanapun, Pro Ref kemudian menjelaskan VAR gagal mengenal pasti impak pemain berkenaan dalam situasi tersebut dan sepatutnya meminta pengadil melakukan semakan sendiri sebelum jaringan dibatalkan.

Minta maaf tapi tiga mata kekal milik City

Image from: Gol Haaland Cetus Kontroversi, Pro Ref Minta Maaf Kepada Manchester United
Kredit Foto: mancity.com

Pihak kami sudah menghubungi Manchester United malam ini bagi mengakui apa yang dinilai sebagai kesilapan penilaian. Semakan terhadap insiden itu akan dijalankan.- Menurut kenyataan itu.

Walaupun kesilapan itu sudah diakui, keputusan perlawanan tetap tidak berubah selepas wisel penamat dibunyikan.

Manchester City akhirnya membawa pulang tiga mata penuh dari Old Trafford, manakala Manchester United terpaksa menerima keputusan yang kini turut dibayangi kontroversi pengadilan.

The post Gol Haaland Cetus Kontroversi, Pro Ref Minta Maaf Kepada Manchester United appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved