#Gold: Dapat Sarung Jersi Badminton Rashid Sidek, Farid Kamil Anggap Watak Dalam Filem Satu Penghormatan Besar

15 Jul 2024 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Memainkan watak sebagai Datuk Abdul Rashid Mohd Sidek (Rashid Sidek) menerusi filem Gold, pelakon Farid Kamil berkongsi tentang pengalaman yang tidak dapat dilupakan iaitu menyarungkan jersi badminton sebenar daripada tahun 1992 bagi menjayakan karakter tersebut.

Satu Penghormatan Besar

Menurut Farid, 43, perkara itu merupakan satu penghormatan buat dirinya namun tidak menafikan bahawa seluar bagi jersi yang diperagakan dalam filem berkenaan agak pendek.

“Ia satu penghormatan bagi saya sebab dapat sarung jersi Rashid Sidek daripada tahun 1992 untuk filem ni semata-mata untuk mainkan watak.

“Tapi apa yang saya boleh katakan adalah seluar untuk jersi badminton ni sangat pendek. Semasa penggambaran ada masa saya pakai tuala sebab nak tutup bahagian peha dan lutut sebab rasa agak malu, dan buka bila buat babak main badminton sahaja.

“Tapi bagi saya itu merupakan penghormatan yang sangat besar, sebab bukan semua orang boleh pakai jersi itu. Dan bila saya terpilih saya rasa ia satu pengalaman yang sangat bermakna,”katanya.

Sekadar info, filem aksi sukan, Gold menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Farid Kamil, Wan Raja dan Yasmin Hani selain penampilan muka baharu antaranya Jack Tan dan Lynn Lim sebagai teraju utama.

Sinopsis Gold: 

Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.

Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, beliau didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb's Palsy.

Kehilangan ayah sebagai penyokong kuatnya juga membuatkan Liek Hou hilang arah.

Namun, apabila acara Paralimpik dunia mengiktiraf badminton sebagai sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan jurulatih dan pemain legenda Malaysia, Rashid Sidek.

Saksikan filem Gold terbitan Astro Shaw dan Act 2 Pictures dengan kerjasama Clover Films & One Cool Entertainment di pawagam 11 Julai seluruh Malaysia.